Casa Sofiya

Showing posts with label resepi. Show all posts
Showing posts with label resepi. Show all posts

Thursday, October 23, 2014

RESEPI : Crab Cheese Prata ala hot & Roll

Bahan-bahannya :-

Roti Prata
Crab stick (hiris)
Cheese 
Mayonis
Cili sos

Macam mana nak buat eh?
okay Follow pic kat bawah ni jer ...






senangkan? heehe abaikan picture yang buruk itu yang penting rasanya sangat sedap...yummmy! bole buat bekal anak-anak ke sekolah juga...

Selamat mencuba peeps!

Thursday, March 20, 2014

RESEPI : Gulai siam

Resepi lagi...kali ni Gulai Siam...cuba sekali pasti nak lagi dan lagi....I amik dari blog chef hanieliza  tadaaaa!!!




GULAI SIAM IKAN

Bahan-Bahan: 

500 gm ikan tengiri/merah/tbala atau kembung (saya pakai ikan nyuknyuk)
3 cawan santan [1 biji kelapa]
Sedikit terung pipitn (I tak letak)
sedikit buah belimbing buloh (tak letak jugek)
5 helai daun limau purut
3 tangkai cili hijau (belah 2)
Garam secukup rasa
minyak untuk menumis
I tambah tomato potong 4 dua biji & I tambah terung potong2 ikut ska la banyak mana nak ok...


Bahan Mesin
10 tangkai cili kering
10 biji cili api
1 s/k lada hitam
5 batang serai dihiris
2 cm lengkuas
10 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
2 cm belacan
2 cm kunyit hidup

Cara: 
1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan mesin sehingga wangi.
2. Masukkan santan dan biarkan mendideh.
4. Masukkan ikan, terung dan daun limau purut. Biarkan mendideh.
5. Masukkan buah belimbing buloh dan cili hijau. Perlahan api dan biarkan mendideh dan naik minyak.
6. Bila kuah telah pekat tutup api dan hidangkan dengan nasi putih. 


haaaa...sila cubokeh memang terangkat sedapnya!!!

Monday, March 10, 2014

Resepi~ Masak Singgang Ikan Tongkol

Resepi simple tapi sedap!!


Bahan2nya

1 ekor ikan tongkol sederhana
2 ulas bawang besar dihiris
1 ulas bawang putih di hiris
seinci lengkuas dihiris
8 biji cili padi (dibelah dua tidak putus)
sebatang serai (diketuk)
1/2 inci kunyit hidup di hiris
4-5 keping Asam Keping
garam secukupnya
secubit gula


Cara nak masak :)

semua bahan masukkan ke dalam periuk dengan air (ikur suka sukatan). Dah cukup garam and dah puashati dengan rasanya...ikan pun dah masak...tutup api...dah boleh makan dengan nasi panas2....yummy!!

selamat mencuba....tak jadi jangan salahkan I okay :)








Sunday, November 18, 2012

Resepi Cucur Bawang & ikan bilis...

Resepi ni dari blog mana I dah lupa tapi sangat rangup, sedap and bila sejuk lembut sangat...percaya la...kalau nak cuba ni resepi ehh...

Bahan-bahannya

3 Cawan tepung gandum
2 1/2 cawan air panas
2 biji bawang merah ( nak lebih pun ok jer)
Segenggam ikan bilis
Garam secukup rasa
Serbuk pasti sedap dari knorr ( ni I tambah hehehe)
Minyak untuk menggoreng

Cara-caranya

Bawang dan ikan bilis di tumbuk tapi jangan hancur sangat. Lepas tu masukkan kedalam tepung, masukkan kan sekali garam dan serbuk perasa pasti sedap knorr. Gaul rata rata buatkan bulatan ditengah masukkan air panas yang sangat panas gaul rata sampai tepung jadi macam nak buat begedil. Kalau rasa kurang boleh tambah air sehingga tepung boleh di bulat2kan. Kalau tak nak bulan pun ok jer...sudukan sahaja dalam kuali yang panas...goreng hingga keemasan...and tadaaa



Sedapnya makan panas panas...cuba la ehh...

Monday, April 9, 2012

masak lemak cili padi berkerisek

Lama tak update resepi...sebab dah jarang masak lately...but ni nak share 1 resepi...


Masak Lemak Cili Padi berkerisek
Bahan2 yang diperlukan

1/2  kilo daging lembut
Santan pekat - 1 biji kelapa
1 batang serai - ketuk jer sikit
2-3 helai daun limau purut
1 bungkus kerisik ( bungkusan kecik atau 3 sudu makan)
2 biji tomato - belah 4
2-3 biji cili hijau - belah 2
3 sudu besar Minyak masak
Garam, gula & serbuk perasa - ikut citarasa
Sedikit asam keping

Bahan tumbuk@ kisar (I blend jer semua )

8-10 biji cili padi - ikut kepedasan
3-4 labu bawang merah
1 ulas bawang putih
1 sudu makan ketumbar
sehiris halia
sehiris lengkuas
seinci kunyit hidup

Cara Masak

Panaskan minyak, masukkan bahan tumbuk hingga naik bau, masukkan sekali serai. masukkan daging biarkan daging empuk seketika. Kemudian masukkan kerisik dan santan. masukkan garam, gula secukup rasa. bila lauk dah mendidih masukkan daun limau purut, tomato dan cili hijau serta asam keping.

Biarkan lauk mendidih sambil tu kena kacau lah, nanti pecah santan pulak...bau dia semerbak!!
dah masak boleh lah hidang...simple jer kan macam masak lemak cili padi tapi letak kerisek and few bahan lain jer...

p/s : kalau nak letak kentang pun ok...macam I buat :)


Friday, March 9, 2012

Nutella Butter Cake

eh..eh..lamanya tak update resepi kan...hehe sebab tak buat kuih pun...kemalasan melanda. But... kek ni I buat atas permintaan anak-anak..cuba la ya tak nak cuba pun tak pe :)


Resepinya...

Google jer mana-mana butter cake yang you all suka...dah masak sejukkan potong kek tu...lepas tu sapukan nutella...senang kan...yummy!! :)

Later peeps!!


Saturday, November 26, 2011

My paru goreng...

Mr. H  brought home paru last week...yeahhh paru mentah... yang belum masak okay...huhuuhu i just dunno wthat to to with the paru. I never cook paru before. so I sumbat jer dalam freezer. Today Mr. H complaint why paru tak masak-masak lagi...dengan berat hati i keluarkan paru tu....biar dia defrost dulu sambil pikir nak masak apa erk? 

IFirst time nak masak paru nih...I teringat ada beli tepung goreng ayam Nona perisa black paper...dangg!! idea!!!!...so tadaaaa.....

crispy, crunchy paru....yummm....
Tepung tu bancuh ikut belakang kotak, I campur sikit dengan perasa pasti sedap knorr....best!!

Later peeps!!

Sunday, October 30, 2011

Saturday, October 29, 2011

Ikan Siakap Kukus...

I didn't go anywhere today. Dina are not well. Mr. H went out to service my car. Haishhh...I have no idea what to cook for lunch today. Dalam freezer I found ikan Siakap...idea pun datang....annnnnndddd....taaadaaa...!!!

Ikan siakap kukus before & after

I took the recipe from Myresepi but macam biasa lah i suka ubah sini sana mengikut citarasa I :D. Okay here the recipe ...

1 ekor ikan Siakap sederhana besar
1 Sudu besar tepung jagung
1 Sudu kecil secukup rasa knorr
1 inci halia - potong halus or ikut suka
1 batang serai - diracik halus
Seulas bawang putih *
8 tangkai cili padi- di racik ikut suka
2-3 helai daun limau purut- diracik
2 sudu besar sos tiram
sebiji atau lebih jika suka limau kasturi - ambil air perahannya
1 biji tomato di potong 6
sedikit seleri atau daun sup
Garam dan gula secukup rasa
* ditumbuk halus...

Cara-caranya...Bismillah....and dont forget cook with love okay :)

Bersihkan ikan tos dan lumur kan dengan perencah secukup rasa dan tepung jagung, kemudian letakkan di bekas yang hendak dikukus. kemudian letakkan cili padi, serai, halia bawang putih tomato, seleri dan daun limau purut, sos tiram dan air perahan limau, garam dan gula gaulkan sebati dan letakkan di atas ikan. selepas tu kukus lah sehingga masak...

Haaa... senangkan...cubalah...

Later peeps!

Friday, October 28, 2011

Simple Macaroni & Cheese

For breakie pagi tadi...simple but tasty :) yummm!!






Ini resepinya I cari dalam Myresepi dan I olah sendiri mana yang i rasa nak buang dan tambah...heheheh derhaka kah pada resepi???

Bahan-bahan ( 2-3 orang )



Setengah biji bawag besar ( yang kuning sedap pastu tu potong dadu)
1 biji bawang putih (tumbuk)
2 tbsp cili sos
Sedikit daging cincang/ Telur (ikut suka)
4bsp susu segar
3 genggam macaroni
3 keping cheesdale
Sedikit olive oil utk menumis
Sedikit garam dan
1 Kiub ayam knorr dan sedikit garam

Cara-cara

1. Masakkan macaroni ikut sampai lembut, kemudian tos kan air
2. Tumiskan bawang, bawang putih sampai garing sikit, masukkan cili sos
3. Masukkan Kiub Ayam dan garam sikit
4. Masukkan pula daging cincang/atau telur masak sampai daging tu masak
5. Masukkan macaroni...kemudian tambahkan susu segar
6. Bila semua dah sekata, masukkan Cheesedale
7. Gaulkan sampai cheese tu cair...

Tadaaaa...siap! ^-^

NUFFNANG