Casa Sofiya

Showing posts with label faith and religion. Show all posts
Showing posts with label faith and religion. Show all posts

Saturday, March 9, 2013

Being Me 2013


Alhamdulillah the venue dah confirmed! went last year InsyaAllah ada rezeki pergi lagi this year. Thanks to kak Emy yang belikan ticket only RM99 for mereka2 yang dah pergi last year normal price ialah RM150 murah sangatkan untuk one day conference program pun menarik. harap2 this year lagi best lahh. kalau shopping and dinner pun maybe dah lebih dari itu kita belanja kan? why not kita alihkan ke conference yang banyak sangat info ni.


Okay sisters mark your calendar on Saturday, 29th June 2013 from 10am till 10pm at PUTRAJAYA CONVENTION CENTRE (PICC). jom ramai- ramai...

Later peeps!!

Sunday, September 16, 2012

Maksud Bacaan Solat...


Subhanallah...jika kita faham dan tahu maksud sesuatu bacaan, kita akan lebih kusyuk dan mendapat kepuasan dari apa yang kita baca...

Here, I nak share maksud bacaan dalam solat kita...semoga menjadi panduan kita semua..InsyaAllah...

Doa iftitah

Allah Maha Besar dan segala puji bagi Allah dengan banyaknya.
Maha suci Allah sepanjang pagi dan petang.
Aku hadapkan wajahku bagi Tuhan yang mencipta langit dan bumi, dengan suasana lurus dan berserah diri dan aku bukan dari golongan orang musyrik.
Sesungguhnya solatku, ibadatku, hidupku dan matiku adalah untuk Allah Tuhan sekalian alam.
Tidak ada sekutu bagiNya dan kepadaku diperintahkan untuk tidak menyekutukan bagiNya dan aku dari golongan orang Islam.


Al-Fatihah

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.
Segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam.
Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.
Yang menguasai hari pembalasan.
Hanya Engkau yang kami sembah dan hanya Engkau kami mohon pertolongan.
Tunjukilah kami jalan yang lurus.
Iaitu jalan orang-orang yang engkau kurniakan nikmat kepada mereka, bukan jalan mereka yang Engkau murkai dan bukan jalan mereka yang sesat.


Bacaan ketika rukuk

Maha suci Tuhanku yang maha mulia dan dengan segala puji-pujiannya.


Bacaan ketika bangun dari rukuk

Allah mendengar pujian orang yang memujinya.


Bacaan ketika iktidal

Wahai Tuhan kami, bagi Engkaulah segala pujian.


Bacaan ketika sujud

Maha suci Tuhanku yang Maha Tinggi dan segala puji-pujiannya.


Bacaan ketika duduk di antara dua sujud

Ya Allah, ampunilah aku, rahmatilah aku, kayakan aku, angkatlah darjatku, rezekikan aku, berilah aku hidayah, sihatkanlah aku dan maafkanlah aku.


Bacaan ketika tahiyat awal

Segala ucapan penghormatan,segala kurnia, segala ucapan pengagungan dan pujian hanyalah milik Allah.
Semua perlindungan dan pemeliharaan untukmu, wahai Nabi, begitu pula rahmat Allah dan segenap kurniaNya.
Semua perlindungan dan pemeliharaan semoga diberikan kepada kami dan hamba-hamba Allah yang soleh.
Aku naik saksi bahawa tiada tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawa Muhammad itu adalah pesuruh Allah.
Ya Allah, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad.


Tambahan untuk tahiyat akhir

Ya Allah, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad dan keluarganya.
Sebagaimana Engkau selawatkan ke atas Nabi Ibrahim dan keluarganya.
Berkatilah ke atas Nabi Muhammad dan keluarganya.
Sebagaimana Engkau berkati ke atas Nabi Ibrahim dan keluarganya di dalam alam ini.
Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Agung.


Doa Qunut

Ya Allah, berilah aku petunjuk sebagaimana orang-orang yang telah Engkau tunjuki.
Sejahteralah aku sebagaimana orang-orang yang Engkau sejahterakan.
Pimpinlah aku sebagaimana orang-orang yang Engkau pimpin.
Berkatilah untukku apa-apa yang telah Engkau berikan padaku.
Jauhkanlah aku dari segala kejahatan yang telah Engkau tetapkan.
Sesungguhnya hanya Engkau sahajalah yang menetapkan dan tidak sesiapa pun yang berkuasa menetapkan sesuatu selain daripada Engkau.
Sesungguhnya tidak terhina orang yang memperolehi pimpinanMu.
Dan tidak mulia orang-orang yang Engkau musuhi.
Telah memberi berkat Engkau, ya Tuhan kami dan maha tinggi Engkau.
Hanya untuk Engkau sahajalah segala macam puji terhadap apa-apa yang telah Engkau tetapkan.
Dan aku minta ampun dan taubat pada Engkau.
Dan Allah rahmatilah Muhammad, Nabi yang ummi dan sejahtera ke atas keluarganya dan sahabat-sahabatnya.

Jazakallh khair for reading peeps!

Monday, July 2, 2012

Being Me; "Muslimah Women Empowered"



In May 2012, I terbaca di blog Vivy Yusof about Being Me, Muslimah Empowered Conference, hati rasa terus rasa nak pergi, nak cari kawan untuk pergi sekali sebab kalau pegi sorang macam tak best plak kan so I buat announcement kat my FB, ramai jugak macam berminat, tapi sorang jer yg betul2 berminat, Sis Balkis maybe yangg lain-lain tu dah ada perancangan lain, and sis Emy memang yang dah awal-awal beli ticket offer nak pergi sama dengan dia tak...yeayy!! mmg best lah kan dah ada kawan untuk pergi sama-sama...ticket pun tak la mahal sangat RM100-RM150 :)

Well yes! ini memang my first islamic conference yang I pergi, Alhamdulillah very enriching experience. Truly, its wasn't being extra alim by attending such a program, tapi kita boleh berkongsi ilmu and boleh jumpa kawan baru, tambahan lagi speakers datang dari luar negara, so kita boleh dengar pendapat-pendapat mereka. Mungkin juga boleh menjadikan kita better muslimah person InsyaAllah. I am totally blessed to be surrounded by ladies yang rata-ratanya berhijab and MasyaAllah...mereka kebanyakkannya muda-muda dan sangat cantik berhijab ;)


Sheikh Yahya Ibrahim, Sis Raya, Sis Yasmin Mogahed & Dr. Fadila Grine

Session with sisYasmin Mogahed yang selalu bagi nasihat untuk menjadi Muslimah yang kuat, made her first appearence in Malaysia and also session with Sheikh Yahya, pada pendapat I more to women and being in a relationship. Sheikh Yahya pula made a lot of points on his view as a man telling all sisters yang hadir bagaimana relationship works. Tidak semua orang sempurna dan women are responsible untuk diri mereka sendiri and will have to make decision yang terbaik for our iman and our heart. Selalunya kita perempuan berdoa berkehendakkan suami seperti yang kita hajati beriman dan soleh. Tetapi lelaki-lelaki yang sebegini ada juga yang melakukan domestic violence biasanya selepas berkahwin simple jer nasihat Sheikh Yahya " leave! if he's hurting you". Itu adalah nasihat kepada unhappy relationships. Ada juga wanita rasa mereka seorang yang perlu mencari suami yang kaya raya, most handsome and yang alim sahaja :) but again Sheikh Yahya said a husband with mistake and  sangat tinggi egonya 'perbetulkan dia dengan limpahan kasih sayang and  kasih sayang kita yang melimpah dan tiada berbelah bagi kepada Allah". Sis Yasmin juga ada berkata, " we are taught that we are not complete until a man completes you, but NO, only Allah can"

Selain  dari session sis Yasmin yang ada ketikanya buat I hiba, sebak, yang paling I tak boleh lupa , it was an emotional session with sis Raya Shokatfard, who left islam in USA changing to for different religion (hinduism, buddhism, new age and christianity) and found her way back to islam, Subhanallah...memang menitis air mata...bersyukur sangat hati I tergerak untuk ke conference ni.

Walaupun conference ni untuk wanita or muslimah sahaja, organiser ada sediakan "daddy day care" tempat untuk para suami menjaga anak while isteri menambah ilmu, sabarnya mereka :) whole day program tau hehehe...I wonder Mr. H boleh ke tak sabar macam tu...tentulah tidak..sebab tu lah dia jaga anak-anak kat rumah and I dengar they had fun "father-daughter-son day" while I kat conference...Alhamdulillah...not even a single call I terima dari Mr. H tapi I yang call dia wondering kenapa takda call langsung...hahaha...he said...no calls bermakna all in control. Alhamdulillah..

Ada juga "sister's corner" untuk sesiapa nak massage or nak pakai inai (henna)...maybe  pada yang tak boleh solat waktu break boleh la singgah kat sister's corner ni, dan ada juga bazar...(I suka) and terbeli lah jugak few barang for me :). oh ada juga...fashion show...pakaian muslimah from Almunawarah...haha ni buat I and kak Emy.."wahh cantiknya! sweetnya!" tambahan lagi bila celebrities yang baru berhijab mengayakan baju-baju muslimah tu...haaha lagi lah kan teruja nak jugak... ;p

with kak emy and kak Balqis :) thanks ladies jadi peneman I :)
Ahh...am totally satisfied with this conference : ), inspiring talks. I percaya to woman empowerment, as Muslim woman kita tidak patut dibebankan dengan  agama kita sendiri kerana dalam islam ada juga perkaaa berkenaan protecting woman and their rights. Indahnya kan..

There will be another conference next year... jom kita pegi nak?  Kena  register awal, rasanya akan ramai lagi yang nak menghadirkan diri...InsyaAllah if panjang umur murah rezeki dan tiada aral, i'll be there...and hope to see my friends juga nanti...

Here I would like to share some of inspiring quotes from the speakers at #beingMe :-

"death awaits us all. and we all asked about Allah's blessing that we wasted"- Sheikh Tawfique Chowdhury

"Only Allah is our survival. Not his gifts. The true purpose of gifts is to bring us to him" - Sis Yasmin Mogahed

" Empower ourselves with knowledge. Knowledgeable muslimah is smart & beautiful. She doesn't believe in imposible" - Dr. Fadila Grine

" My hapiness is in my heart. My heart is in the hands of Allah, and you dont have access to that" - Dr. Fadila Grine


" The problem begins when we put a gift i  our hearts and Allah in our hands" - sis Yasmin Mogahed

"be  careful of what fills the heart. whatever lived in your heart controls you." - Sis Yasmin Mogahed
"make mothering a hobby , not a job or a chore" - Dr. fadila Grine..


Till then...later peeps!!

Monday, December 19, 2011

Muhasabah...

Assalamulaikum....


Later peeps!!

Saturday, November 26, 2011

Salam Maal Hijrah

Assalamualaikum to all...

Salam Maal Hijrah ...Selamat Tahun Baru 1432H

I wish for the coming new year all the Muslimin & Muslimat will be blessed with Allah'sRahmat....InsyaAllah




My resolution is to be a better Muslimah...InsyaAllah...

Wassalam...


NUFFNANG