Casa Sofiya

Sunday, November 6, 2011

My AidilAdha

Selamat Hari Raya AidilAdha to all of you..

Asal-Usul Aidiladha

Pada suatu hari Nabi Ibrahim bermimpi, dalam mimpinya itu Allah menyuruh Nabi Ibrahim menyembelih anaknya yang bernama Ismail. Selepas dari mendapat mimpi itu, Nabi Ibrahim pun memberitahu isterinya yang bernama Siti Hajar.

Maka berbincanglah Nabi Ibrahim, Siti Hajar dan Ismail. Siti Hajar berkata, “Mungkin mimpimu itu hanya mainan tidur saja tetapi kalau mimpi itu merupakan wahyu, wajiblah dituruti.” Apabila mendengar kata-kata ibunya, Ismail berkata kepada bapanya, “Ayahku, sekiranya ini merupakan wahyu dari Allah S.W.T., aku sedia merelakan diriku untuk disembelih.”

Setelah persetujuan dicapai, keesokan harinya Nabi Ibrahim pun membawa puteranya Ismail untuk disembelih. Perkara Nabi Ibrahim hendak menyembelih anaknya telah sampai kepada pengetahuan orang ramai. Hal ini membuat orang ramai takut sehingga ada yang mengatakan, “Nampaknya Nabi Ibrahim mungkin sudah gila hinggakan mahu menyembelih anaknya sendiri. Kalau kita biarkan perkara ini, nanti kitapun akan dibunuhnya.”

Walau apapun tuduhan orang terhadapnya, namun Nabi Ibrahim tetap menjalankan tugas yang diperintahkan oleh Allah S.W.T terhadapnya. Setelah Nabi Ibrahim dan anaknya Ismail sampai pada tempat yang dituju, berkatalah anaknya, “Wahai ayahku, aku fikir cara yang baik untuk menyembelih adalah dengan cara aku disembelih dalam keadaan menelungkup tapi mata ayah hendaklah ditutup. Kemudian ayah hendaklah tahu arah pedang yang tajam dan ayah kenakan tepat kepada leherku.”

Kemudian Nabi Ibrahim pun melaksanakan perintah yang Allah S.W.T perintahkan dalam mimpinya. Baginda pun mengucapkan kalimah atas nama Allah lalu memancungkan pedangnya pada leher anaknya itu. Maka terperciklah darah mengenai badan Nabi Ibrahim. Sebagai seorang manusia biasa, Nabi Ibrahim pun menggeletar dan membuka penutup matanya.

Tetapi alangkah terperanjatlah apabila melihat yang disembelihnya itu bukanlah anaknya melainkan seekor kibas. Dengan memuji kebesaran Allah S.W.T, kedua-duanya pun berpeluk-peluk sambil bersyukur kepada Tuhan kerana memberi kekuatan sehingga dapat melaksanakan amanat dari Allah S.W.T.

Peristiwa ini ada diterangkan dalan surah Ash-Shaffat ayat 101 hingga ayat 111

In my family or my inlaw, sambutan Aidiladha adalah sama dengan Aidilfitri. Superyummy food tu dah semestinya, gathering and bermaafan but... bermaafan tak sama dengan Aidilfitri we just salam, hugging each other and wish selamat hari raya :)not a single tear on Aidiladha...ahaks!

Pagi Raya we kat Sungai Buloh, rumah mertuaku :) look at the heaven food my MIL cooked...

lepas makan sure mengantuk :p

Sebelah petang we gerak to my kampung @ Tanjung Malim pulak....my brothers and sister all there...semua balik tg malim raya ni...

on my way to Tg malim...

My Mak also cooked the same like Aidilfitri...:) kecuali this year ada pulut and sambal ikan bilis yummmy!!! we visited my Opah...yeah....Alhamdulillah my Opah sihat walafiat and she's 79 this year. We also visited my Pak long's family and berborak dengan my cousin till 10.30 pm...oh...oh...so kekenyangan...

Alhamdulillah...it was truly blessed AidilAdha... :)

Later peeps!!

No comments:

Post a Comment

NUFFNANG