I do not fancy watching football very much, dari dulu lagi..sekadar ikut-ikut jer. masa kecik dulu apa yang I ingat pasal bola sepak ni kan...ialah "satay"...hahaha why satay huh?? okay...My abah adalah peminat bola sepak yang tegar...rasanya dari zaman sebelum Allahyarham Mokhtar Dahari kot. Masa kita semua duduk Kuantan dulu rasanya dalam tahun 81-82 camtuh lah. If ada jer game kat Kuantan my abah and kawan2 sekerjanya sure pegi tengok kat stadium. Sebelah stadium tu ada gerai satay yang sangat best...bila habis jer game abah akan beli satay bawak balik untuk we all adik beradik, upah sebab tak dapat ikut. Memang seronok lah kan zaman tu bila dapat makan satay hehehe... so tu lah dia, bila ada game bola sepak sure ada Satay...hmmm still remember the aroma satay yang best tu. kalau tak silap they call it satay astaka...ahhh miss those days..
Bila dah remaja, hmmm tak minat langsung lah dengan bola sepak tapi minat rugby :p...sebab masa tu my school famous jugak la dengan rugby. Okay, kalau nak share pasal rugby banyak..but I takmo lah ckp pasal rugby hahaha...
Bila jumpa Mr. H, hahaha dia ni okay okay jer tengok bola sepak tapi bukan minat main bole sepak...but his brothers and sister ada lah peminat bola sepak. pernah sekali we all dipaksa ikut tengok game Selangor vs..... ( i can't remember) masa tu kat stadium Shah Alam...hahahha sedih weh! first time masuk stadium pakai palazo and blouse...kekekeke sekali tu i kena perli2 dengan orang keliling..."dik sini bukan shopping mall" "macam pakai baju nak gi birthday party jer" huwaaaaa...malu sehhh...kekeeke..selepas tu till now I tak pernah lagi masuk stadium tengok bola sepak. kalau tengok pun dengan kawan2 kat kedai mamak ke...but masa zaman I hmm jarang macam sekarang ni lepak kedai mamak happening sakan sambil tengok bola sepak.
Bila dah beranak pinak nih...I okay lah tengok bola sepak ni takda lah peminat tegar. Masih lagi belum pijak Stadium untuk tengok game selepas peristiwa itu hahahaa...
Last night adalah perlawanan akhir antara Malaysia vs Indonesia for Sea Game. Congratulations Harimau Muda Malaysia. Its was very thrilling match hahaa I sampai tak sanggup nak tengok...I masuk study room layan FB hehehe dada berdebar2...takut kalah boleh??? hahhaa so I tunggu Mr. H jerit jer...Golll!!! and I keluar jengok apa jadi...hehehe.
Alhamdulillah Malaysia had defended the Gold medal that we won 2 years ago in Laos. garuda patah sayapnya...and all the bibiks kat Malaysia frust menonggeng kekekek even indon workers yang dok buat rumah jiran I pun dok bercerita pasal kekalahan garuda diorang and kutuk2 pemain Malaysia...hehhee...nak jer I pasang lagu Negaraku kuat2 kat belakang rumah tu biar diorang dengar.
"Hitam Kuning, Hitam Kuning, Hitam Kuning...go Tiger...go Tiger!!!!"
Enough lah about me and bola sepak...later peeps!!
No comments:
Post a Comment