Casa Sofiya

Sunday, November 18, 2012

Resepi Cucur Bawang & ikan bilis...

Resepi ni dari blog mana I dah lupa tapi sangat rangup, sedap and bila sejuk lembut sangat...percaya la...kalau nak cuba ni resepi ehh...

Bahan-bahannya

3 Cawan tepung gandum
2 1/2 cawan air panas
2 biji bawang merah ( nak lebih pun ok jer)
Segenggam ikan bilis
Garam secukup rasa
Serbuk pasti sedap dari knorr ( ni I tambah hehehe)
Minyak untuk menggoreng

Cara-caranya

Bawang dan ikan bilis di tumbuk tapi jangan hancur sangat. Lepas tu masukkan kedalam tepung, masukkan kan sekali garam dan serbuk perasa pasti sedap knorr. Gaul rata rata buatkan bulatan ditengah masukkan air panas yang sangat panas gaul rata sampai tepung jadi macam nak buat begedil. Kalau rasa kurang boleh tambah air sehingga tepung boleh di bulat2kan. Kalau tak nak bulan pun ok jer...sudukan sahaja dalam kuali yang panas...goreng hingga keemasan...and tadaaa



Sedapnya makan panas panas...cuba la ehh...

1 comment:

  1. tgk resepi ni macam simple je..nak try la..harap2 menjadila..hehe

    Jemput ke blog saya

    http://norzuryati.blogspot.com

    ~ perkongsian tentang kisah hidup, anak2, aktiviti seharian, tips kesihatan, kecantikan dan lain2..

    Moga dapat manfaat daripadanya..insyaAllah..

    ReplyDelete

NUFFNANG