Casa Sofiya

Saturday, December 22, 2012

Lost world of tambun


I am here...
North...yup again..but this time Ipoh. Mr. H ada kerja kat Ipoh, kebetulan berdekatan dengan Lost World Of Tambun. I cepat-cepat book Lost World Hotel...school holiday kan weekdays pun full dapat reserved only one room. so apa lagi ramai2 lah dalam satu bilik...the room was quite big lah...boleh la untuk kami.
 
owhh nampak kaki Adam ;)


First day, Yes! we went to Lost World, finally we are here :) We reached slightly a bit earlier before the opening hour almaklumlah just 2 minutes away from our hotel. we quickly lined up. Entrance fee for School Holiday RM45 for 12 years and above and RM38 untuk kanak-kanak and free below 90cm since we all duduk hotel dapat lah 10% discount.



entrance guided by cats in ancient Egypt

Lets see mana we all jalan jalan...










Kalau stay at lost world hotel dapat comlimentary entrance ticket to Hot Spring so we plan nak pegi 2nd day



That's all about our Lost World of Tambun experiences, belilah jugak fridge magnet buat kenangan ahaks!




Last night di Ipoh we all makan di Restoren Nasi Ayam Kampung...tak la best mana pun :p and Mr. H cuba sup belut. I tak lalu lah makan dah la belut hidup dalam akuarium pun ada kat situ...huhuhhu tak pe la walaupun  Mr. H ckp sedap...


ada brani??
Hah! that's all about out trip to Lost World Of Tambun. So tempat ni is not really a boring place la..there's a lot more activities and games can be play if you want. We all skipped banyak games sebab Adam dah penat lah, takut la naik main and  I can see the water activities pun fun la...my kids jer taknak.

Okay peeps till then...


Sunday, December 16, 2012

I love him and adore him...Tun Mahathir Mohamad

He's the best PM i've ever known. There's no words to describe how I adore him...
Tun Dr. Mahathir Mohamad

Last night, I have attended PTD Alumni Dinner at The Royal Chulan Hotel . My boss is the President  of PTD Alumni ni so..everytime PTD ada dinner I have to get involve. and last night la I get a great opportunity to meet and chat to Tun Dr. Mahathir Mohamad :).


When I get to know that Tun is coming..dah simpan niat...mesti nak jumpa dia kalau tak pun dapat salam jadi lah...hehee I know...I know...teruk kan but I tak kisah...I love him...he's a great leader! Mr. H pulak bagi I mission bawa 2 buah buku Tun "a doctor in the house" both English and Malay version untuk I dapatkan Tun's signature...aiyoo boleh kah? yes! dengan izin my boss my mission accomplished...masa I terhegeh-hegeh bawak buku tu I saw Tun dah senyum2 jer...sambil kuarkan pen...bila I sampai he said "saya tau mesti ada orang yang bawak buku, tu sebab saya bawak pen sendiri" hehhe...yes I did it!...dapat salam buat kali ke lapan (hehe siap kira ok..) dan chit chat dengan dia buat kali kedua.. :) double happy...

Picture? yeah ada....tapi the person yg amik picture ni yang nervous sampai ambik pic tak berapa clear...hehehe anyway thanks to syahida...

priceless!

Breakfast Geng!

@PTD Alumni Dinner
Okay...mission accomplished!... till then good night peeps!


Saturday, December 15, 2012

121212

Hehehe sure ramai yg buat entry tajuk sama kan kan... yeahh....another reason nak celebrate ke?

Me? Owh...nothing special...just visit my boss's at KPJ damansara and had  a great lunch with my dear friends.

There's goes my 121212 :) how about yours?

Friday, December 14, 2012

Penang

Lamanya tak pi penang....haaa last week I kat penang ikut Mr.H as usual...memula  nak lepak kat town tapi...my friend Noris (her husband is Mr. H colleague) pun join sama so we decided ikut Noris lepak kat Flamingo by the beach hotel at Tg. Bungah. Not bad hotel ni...room...sedih sbb dpt hillview...sikit jer nampak laut hmmm sapa suruh book lambatkan...nasib baik dpt juga connecting room so the girls happy lahh.  Room besar actually if semua dlm satu bilik pun ok...tapi biasalah kan bila dah terbiasa the girls  nak bilik sendiri. I and noris plan bawak the kids jalan2 after our hubby pegi mtg. Noris bawak Estima so muat la sumbat semua. Kita gi penang hill. Lama betul tak sampai sana...10 years ada kot...train pun dah baru.. Activity beli jeruk mmg activity wajib...borong berkilo2 jeruk pak ali...kak emy ug suggest beli jeruk pak ali ni...memang sedap! Jom laaa layan pictures..




Tuesday, December 11, 2012

We used to be in the same boat...

Satu ketika dulu...we all berkhidmat di tempat yg sama...tapi now yg betul2 lama cuma tinggal I and ita, arab and norly...pernah keluar kerja tempat lain tapi balik semula kerana mereka ni sangat sayangkan "bukit berlari" :p. Meen baru resign now buat free lance hah..sapa nak beli green bag bole cari meen or lawat facebook page gaia., Suzi hehe...sukahati kat tempat kerja baru, Pian pun sama...Farid (single and available) pun dah lama blah...apa pun we still keep-in-touch..FB lah apa lagi..cuma Arab jer takda FB...eh ada tapi tak active pun... Freddy...the owner of Las Vacas Rest tempat kami lunch ni lah...Kalau you all nak cari daging halal nak BBQ ka...steak ka..pegi la La Vacas...ada kat Kelana Jaya and Yam Kwan Seng nak daging apa jenis pun ada...

Bila dah jumpa yg masak kena buli arab lah...heehe..biasa la update hal masing2...family..business and yg penting gossip and pictures...
@Las Vacas


Food..food...food

later peeps!!

Monday, November 19, 2012

My new baby - Galaxy Note 2

Helooo meet my new baby... Last week Mr.H got me this...

I've never imagine nak pakai phone ni ( tapi sangat tertarik dengan Iphone 5 *wink*), I masih setia dengan my blackberry yang tak la secanggih mana. Sebab dah terbiasa guna rasa sangatlah senang. I pun never been a huge fan of Samsung...tak pernah ada pun Samsung phone. Bila dah dapat for free I okay jer la :)

Now... I am so  in love with the big screen...walaupun phone ni agak besar tapi senang nak baca. The picture and sound quality is amazing! fast and easy to use walaupun masih terkial2...typo error melampau sampai bila whatsapp dgn kawan2 they all gelakkan  hehheh almaklumlah jari ku terlebih comel...janji uols paham apa ku tulis kannn.

Omg! the S-pen does a great job converting the handwriting to text...awesome kan :) mula2 tak la teruja sangat tapi bila dah tau fungsi S-pen ni...its just like wowww!

It has been 7 days since I've got this baby and I have to tell you, I absolutely love it! hehehe dah la day and night I played with my baby, godek sana sini, install apps hehehe sure Mr. H regret ni...alaaa biasa la benda baru kan...free pulak tu...teruja lebih sikit lahh.

Okay...later peeps!

Sunday, November 18, 2012

Resepi Cucur Bawang & ikan bilis...

Resepi ni dari blog mana I dah lupa tapi sangat rangup, sedap and bila sejuk lembut sangat...percaya la...kalau nak cuba ni resepi ehh...

Bahan-bahannya

3 Cawan tepung gandum
2 1/2 cawan air panas
2 biji bawang merah ( nak lebih pun ok jer)
Segenggam ikan bilis
Garam secukup rasa
Serbuk pasti sedap dari knorr ( ni I tambah hehehe)
Minyak untuk menggoreng

Cara-caranya

Bawang dan ikan bilis di tumbuk tapi jangan hancur sangat. Lepas tu masukkan kedalam tepung, masukkan kan sekali garam dan serbuk perasa pasti sedap knorr. Gaul rata rata buatkan bulatan ditengah masukkan air panas yang sangat panas gaul rata sampai tepung jadi macam nak buat begedil. Kalau rasa kurang boleh tambah air sehingga tepung boleh di bulat2kan. Kalau tak nak bulan pun ok jer...sudukan sahaja dalam kuali yang panas...goreng hingga keemasan...and tadaaa



Sedapnya makan panas panas...cuba la ehh...

Saturday, November 17, 2012

Anugerah Skrin 2012

Last 2 weeks I dapat invitation card and tickets to Anugerah Skrin 2012 (ASK) kat PWTC. Every year memang dapat but let go to friends yang nak pegi but this year macam teringin nak pegi sebab buat kat PWTC and malam tu I free malam tu and Mr.H bermurah hati bagi I pergi... 😊. So, nak pegi sorang memang tak la kan...since ada 3 invitation so I ajak Syahida hehehe...and her friend Raja and the rest of the tickets i kasi my cousin and her friends...

Theme ASK tahun ni Fairytails hmmm...takda makna okay nak ikut tema bagai. Bukan artis pun...so pakai jer apa yg ada...😍

ASK nak kata best tak la best sangat...mula2 bosan gak macam membebel jer....lepas tu boleh lahhh...maybe sebab tengok live kan...dengar cerita kawan2 yang tengok kat TV katanya membosankan...hahhaa...

Jom layan picture yang tak berapa clear...maklumlah..handphone dah la tak berapa nak canggih mana...camera pulak tak bawak...pastu handphone battery habis....hahaha yadda yadaa lahh...



Syahida and Moi (pic amik from iphone sya)


yg dua tu artis yang duduk satu row hehehe...

Jodoh...kalau ada tak kemana...

Salam, percaya tak pada jodoh? Selalu kita dengar ungkapan "kalau ada jodoh tak kemana" kan? Suka seseorang tapi ada sesuatu yang tak dapat dielakkan simpan jer rasa suka tu...bercinta dan berkahwin dengan orang lain. Sampai satu masa rasa tak sesuai bercerai atau berpisah. Jumpa balik  dengan orang yang kita suka dulu....nahhh kalau masing2 available takpe laaa kalau salah seorang tak macam mana??? Aduhh parah kan...

Oohh cerita pasal jodoh ni bukan apa....hehehe I rasa seronok bila someone dear to me and someone close to me yang suatu ketika dulu I cuba nak "menjodohkan" diorang ni tak menjadi but now mcm ada sesuatu tapi keaadaan agak complicated but insyaAllah things will settle soon. I will pray for them...I want them to be happy...yeahh its true kalau dah jodoh takkan kemana...kita merancang Allah yg menentukan...

Okay good night peeps!

Thursday, November 15, 2012

Cameron Highland

On 14 We kat Cameron last minute  Mr.H ajak gi sana, dengan pantas I call Strawberry Park. Yes! 2 rooms apartment booked.

Kita gerak from rumah around 9 lebih lahh gi breakfast kat maju ahmad and terus bertolak ke Cameron. Alhamdulillah jalan tak sesak and cuaca pun best sangat. Teruja lama tak pegi hehehe org lain sebok nk ke overseas kita domestic pun okay la erkkkk...

Ikut pesanan Syahida we all ikut simpang pulai not bad la road dia takda la pusing2. Hujan juga la tapi tak lebat sangat....

Jom tengok picture yg tak la best mana ahaks!

Tuesday, September 18, 2012

Masa Tengah Rajin

Hari Malaysia Ahad lepas, bangun awal sangat...rupanya si tembam labu pun dah bangun and pagi- pagi mintak makan...sambil gosok perut " mama adam nak mee ( bihun or mee kuning all mee pada dia :) ) lapar laaa...tapi nak mamak masak tau! Aduh...bangun pulak si Kakak..."ma, masak nasi goreng mama ya ma" aduh! Kebetulan mmg ada nasi lebih...hah! Rezekimu lah anakku....and hasilnya... Sarapan Hari Malaysia lahh...

Ni pulak masa hari merdeka :)



Ni pulak on Saturday





Later peeps !!

Sunday, September 16, 2012

Maksud Bacaan Solat...


Subhanallah...jika kita faham dan tahu maksud sesuatu bacaan, kita akan lebih kusyuk dan mendapat kepuasan dari apa yang kita baca...

Here, I nak share maksud bacaan dalam solat kita...semoga menjadi panduan kita semua..InsyaAllah...

Doa iftitah

Allah Maha Besar dan segala puji bagi Allah dengan banyaknya.
Maha suci Allah sepanjang pagi dan petang.
Aku hadapkan wajahku bagi Tuhan yang mencipta langit dan bumi, dengan suasana lurus dan berserah diri dan aku bukan dari golongan orang musyrik.
Sesungguhnya solatku, ibadatku, hidupku dan matiku adalah untuk Allah Tuhan sekalian alam.
Tidak ada sekutu bagiNya dan kepadaku diperintahkan untuk tidak menyekutukan bagiNya dan aku dari golongan orang Islam.


Al-Fatihah

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.
Segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam.
Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.
Yang menguasai hari pembalasan.
Hanya Engkau yang kami sembah dan hanya Engkau kami mohon pertolongan.
Tunjukilah kami jalan yang lurus.
Iaitu jalan orang-orang yang engkau kurniakan nikmat kepada mereka, bukan jalan mereka yang Engkau murkai dan bukan jalan mereka yang sesat.


Bacaan ketika rukuk

Maha suci Tuhanku yang maha mulia dan dengan segala puji-pujiannya.


Bacaan ketika bangun dari rukuk

Allah mendengar pujian orang yang memujinya.


Bacaan ketika iktidal

Wahai Tuhan kami, bagi Engkaulah segala pujian.


Bacaan ketika sujud

Maha suci Tuhanku yang Maha Tinggi dan segala puji-pujiannya.


Bacaan ketika duduk di antara dua sujud

Ya Allah, ampunilah aku, rahmatilah aku, kayakan aku, angkatlah darjatku, rezekikan aku, berilah aku hidayah, sihatkanlah aku dan maafkanlah aku.


Bacaan ketika tahiyat awal

Segala ucapan penghormatan,segala kurnia, segala ucapan pengagungan dan pujian hanyalah milik Allah.
Semua perlindungan dan pemeliharaan untukmu, wahai Nabi, begitu pula rahmat Allah dan segenap kurniaNya.
Semua perlindungan dan pemeliharaan semoga diberikan kepada kami dan hamba-hamba Allah yang soleh.
Aku naik saksi bahawa tiada tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawa Muhammad itu adalah pesuruh Allah.
Ya Allah, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad.


Tambahan untuk tahiyat akhir

Ya Allah, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad dan keluarganya.
Sebagaimana Engkau selawatkan ke atas Nabi Ibrahim dan keluarganya.
Berkatilah ke atas Nabi Muhammad dan keluarganya.
Sebagaimana Engkau berkati ke atas Nabi Ibrahim dan keluarganya di dalam alam ini.
Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Agung.


Doa Qunut

Ya Allah, berilah aku petunjuk sebagaimana orang-orang yang telah Engkau tunjuki.
Sejahteralah aku sebagaimana orang-orang yang Engkau sejahterakan.
Pimpinlah aku sebagaimana orang-orang yang Engkau pimpin.
Berkatilah untukku apa-apa yang telah Engkau berikan padaku.
Jauhkanlah aku dari segala kejahatan yang telah Engkau tetapkan.
Sesungguhnya hanya Engkau sahajalah yang menetapkan dan tidak sesiapa pun yang berkuasa menetapkan sesuatu selain daripada Engkau.
Sesungguhnya tidak terhina orang yang memperolehi pimpinanMu.
Dan tidak mulia orang-orang yang Engkau musuhi.
Telah memberi berkat Engkau, ya Tuhan kami dan maha tinggi Engkau.
Hanya untuk Engkau sahajalah segala macam puji terhadap apa-apa yang telah Engkau tetapkan.
Dan aku minta ampun dan taubat pada Engkau.
Dan Allah rahmatilah Muhammad, Nabi yang ummi dan sejahtera ke atas keluarganya dan sahabat-sahabatnya.

Jazakallh khair for reading peeps!

Saturday, September 15, 2012

My Online Shop Facebook Page

My Passion for beauty, make-up and especially skincare bermula dah lama...tapi setahun yang lepas I terover maklumlah umur dah late 30 ni kan...so macam-macam product dah yang I guna, mahal, murah, sederhana mahal 😉 and semua product i guna tak lama sebab?? I tak sabar, nak cepat tengok hasil...nak cepat nak cantik konon...hehehehe...but still tak dapat hasil yg memuaskan. Actually muka I tak la teruk sangat tapi teringin nak kulit sekata, nampak glowing...and takda la nampak kusam.

December 2010, my friend Syahida mentioned about Tabita, I mula la google sana sini...huhuhu mahalnya product ni and tak pernah dengar...one day someone inbox kat my facebook...yes Nina...dia bagi I good price for tabita, so I cuba padahal masa tu I masih guna skii ( langsung takda kesan apa..mahal jer lebih ) gosh!!! nak guna tabita ni perlukan semangat kuat...peeling, perit semua adalah lah...masa guna tu asyik ckp...beauty is pain...so nak cantik tak ida...heheh..

Now I faham, apa2 skincare yg kita nak cuba sebenarnya cubalah atleast 3 months untuk melihat hasilnya. Hehe bukan tiga minggu yg friends. Kulit kita masing2 berlainan ada yang cepat tindakbalasnya dan ada yang lambat ans saaaaangat lambat, jangan la cepat jer kita cakap...sesuatu product tu tak bagus padahal cuma tak sesuai dengan kulit kita saja :)....so I cuba tabita ni few months and Yes!!!!! Sangat puashati dengan tabita, after few months and atas suggestion nina I cuba jual tabita pulak sikit2... Hehehe pastu create blog..Alhamdulillah...

Awal tahun ni Nina introduce kat I pinkish beauty cosmetic plak...I cuba juga...haha berani mati aku nih! And yes ok jugak and product ni jauh lebih murah...and I cuba juga jual kat kawan2, pastu cuba2 buat iklan kat my facebook page...and email kawan2....so now i ada 2 customer, yg lebih budget bole beli tabita and yg kurang budget and takut peeling2 ni boleh beli pinkish cosmetic...happy I,  boleh share and bole menjana pendapatan walaupun tak la seberapa...hehehe

Now, I nak cuba jual pelbagai beauty products....so friends out there i appreciate sangat-sangat you all please like my page  Casa Beauty badge kat sebelah ni...support me and introduce mypage to your friends pulak ya...thank you in advance lah.. :)

I will update more beauty products in my page....so for now...later peeps!

Wednesday, September 5, 2012

August

10th - My abah birthday
20th - Aidilfitri
24th- My mak birthday
24th- My 15th anniversary
31st- Merdeka day

Time flies...it's already September 5th...
Everything went smoothly in August, Alhamdulillahh...

September....i hope its a good month for me and for everyone...insyaAllah...

Tuesday, September 4, 2012

Aidilfitri 2012

Maaf zahir batin....

Monday, July 2, 2012

Being Me; "Muslimah Women Empowered"



In May 2012, I terbaca di blog Vivy Yusof about Being Me, Muslimah Empowered Conference, hati rasa terus rasa nak pergi, nak cari kawan untuk pergi sekali sebab kalau pegi sorang macam tak best plak kan so I buat announcement kat my FB, ramai jugak macam berminat, tapi sorang jer yg betul2 berminat, Sis Balkis maybe yangg lain-lain tu dah ada perancangan lain, and sis Emy memang yang dah awal-awal beli ticket offer nak pergi sama dengan dia tak...yeayy!! mmg best lah kan dah ada kawan untuk pergi sama-sama...ticket pun tak la mahal sangat RM100-RM150 :)

Well yes! ini memang my first islamic conference yang I pergi, Alhamdulillah very enriching experience. Truly, its wasn't being extra alim by attending such a program, tapi kita boleh berkongsi ilmu and boleh jumpa kawan baru, tambahan lagi speakers datang dari luar negara, so kita boleh dengar pendapat-pendapat mereka. Mungkin juga boleh menjadikan kita better muslimah person InsyaAllah. I am totally blessed to be surrounded by ladies yang rata-ratanya berhijab and MasyaAllah...mereka kebanyakkannya muda-muda dan sangat cantik berhijab ;)


Sheikh Yahya Ibrahim, Sis Raya, Sis Yasmin Mogahed & Dr. Fadila Grine

Session with sisYasmin Mogahed yang selalu bagi nasihat untuk menjadi Muslimah yang kuat, made her first appearence in Malaysia and also session with Sheikh Yahya, pada pendapat I more to women and being in a relationship. Sheikh Yahya pula made a lot of points on his view as a man telling all sisters yang hadir bagaimana relationship works. Tidak semua orang sempurna dan women are responsible untuk diri mereka sendiri and will have to make decision yang terbaik for our iman and our heart. Selalunya kita perempuan berdoa berkehendakkan suami seperti yang kita hajati beriman dan soleh. Tetapi lelaki-lelaki yang sebegini ada juga yang melakukan domestic violence biasanya selepas berkahwin simple jer nasihat Sheikh Yahya " leave! if he's hurting you". Itu adalah nasihat kepada unhappy relationships. Ada juga wanita rasa mereka seorang yang perlu mencari suami yang kaya raya, most handsome and yang alim sahaja :) but again Sheikh Yahya said a husband with mistake and  sangat tinggi egonya 'perbetulkan dia dengan limpahan kasih sayang and  kasih sayang kita yang melimpah dan tiada berbelah bagi kepada Allah". Sis Yasmin juga ada berkata, " we are taught that we are not complete until a man completes you, but NO, only Allah can"

Selain  dari session sis Yasmin yang ada ketikanya buat I hiba, sebak, yang paling I tak boleh lupa , it was an emotional session with sis Raya Shokatfard, who left islam in USA changing to for different religion (hinduism, buddhism, new age and christianity) and found her way back to islam, Subhanallah...memang menitis air mata...bersyukur sangat hati I tergerak untuk ke conference ni.

Walaupun conference ni untuk wanita or muslimah sahaja, organiser ada sediakan "daddy day care" tempat untuk para suami menjaga anak while isteri menambah ilmu, sabarnya mereka :) whole day program tau hehehe...I wonder Mr. H boleh ke tak sabar macam tu...tentulah tidak..sebab tu lah dia jaga anak-anak kat rumah and I dengar they had fun "father-daughter-son day" while I kat conference...Alhamdulillah...not even a single call I terima dari Mr. H tapi I yang call dia wondering kenapa takda call langsung...hahaha...he said...no calls bermakna all in control. Alhamdulillah..

Ada juga "sister's corner" untuk sesiapa nak massage or nak pakai inai (henna)...maybe  pada yang tak boleh solat waktu break boleh la singgah kat sister's corner ni, dan ada juga bazar...(I suka) and terbeli lah jugak few barang for me :). oh ada juga...fashion show...pakaian muslimah from Almunawarah...haha ni buat I and kak Emy.."wahh cantiknya! sweetnya!" tambahan lagi bila celebrities yang baru berhijab mengayakan baju-baju muslimah tu...haaha lagi lah kan teruja nak jugak... ;p

with kak emy and kak Balqis :) thanks ladies jadi peneman I :)
Ahh...am totally satisfied with this conference : ), inspiring talks. I percaya to woman empowerment, as Muslim woman kita tidak patut dibebankan dengan  agama kita sendiri kerana dalam islam ada juga perkaaa berkenaan protecting woman and their rights. Indahnya kan..

There will be another conference next year... jom kita pegi nak?  Kena  register awal, rasanya akan ramai lagi yang nak menghadirkan diri...InsyaAllah if panjang umur murah rezeki dan tiada aral, i'll be there...and hope to see my friends juga nanti...

Here I would like to share some of inspiring quotes from the speakers at #beingMe :-

"death awaits us all. and we all asked about Allah's blessing that we wasted"- Sheikh Tawfique Chowdhury

"Only Allah is our survival. Not his gifts. The true purpose of gifts is to bring us to him" - Sis Yasmin Mogahed

" Empower ourselves with knowledge. Knowledgeable muslimah is smart & beautiful. She doesn't believe in imposible" - Dr. Fadila Grine

" My hapiness is in my heart. My heart is in the hands of Allah, and you dont have access to that" - Dr. Fadila Grine


" The problem begins when we put a gift i  our hearts and Allah in our hands" - sis Yasmin Mogahed

"be  careful of what fills the heart. whatever lived in your heart controls you." - Sis Yasmin Mogahed
"make mothering a hobby , not a job or a chore" - Dr. fadila Grine..


Till then...later peeps!!

NUFFNANG