Casa Sofiya

Monday, October 27, 2014

As salam peeps!!

Hari ni I dengan Elly Sahayu pergi apply Visa for China, ye betul heheh kami nak pegi Guangzhou, Shenzen and Hong Kong arghhhh!!! cant wait! since kawan yang sama-sama nak pegi Liza and kak Dyana tak dapat nak ikut, demi mereka I dengan Elly la yang uruskan semuanya...korang kena belanja kami lebih sikit nanti okeh!

Pagi2 lagi kami dah keluar, kesian Elly sebab kena kluar 6.15 am sebab ikut I hantar Dina ke SKKTI dulu. Sampai ampang park kami minum dulu sambil isi borang yang belum lengkap. 


Menunggu Embassy buka sambil sarapan dan isi borang :)

Okay dah ready tengah tunggu no giliran...


muka terkejut sbb LRT dah guna Token kihkih...nampak sangat berzaman tak naik train 

Teruja dalam train uols!!


Kesian makcik ni dah lam giler tak shopping kat KLCC so layannn!!


Selfie sambil tunggu food kat Bens

My all time favourite

hers

mine...:) yumm!!

Okay dah selesai cerita buat visa...tunggu nak collect jer nanti....

Later peeps












Saturday, October 25, 2014

Delicious Home Cooked Food for Delivery ~ Foodchamber

Salam peeps!!

Nak share pasal bisnes kawan-kawan ni : )

There is nothing like home cooked !selalu kita dengar orang cakap macam tu kan . Nak cari home cooked yang sedap dan orang kata" berasa" memang payah kan, tambahan lagi bila kat office, malas nak keluar sebab panas laaa hohoho, malas nak drive, tempat makan sedap jauh, food sama jer, nak gi food court nanti baju bau busuk  and etc.

Now no more, tak payah susah-susah lagi my BFF Syahida and her friend bole selesaikan masalah anda semua. Sila add mereka di FB Foodchamber

Foodchamber will deliver a heart-warming lunch box to your doorstep. Mereka ada various menu lunch box yang lazat-lazat semuanya...tak caya? cuba tengok pic ni.






Ni baru sikit jer, memang macam masakan rumah la...cuba la with minimum order of 10 lunch box, dorang hantar kat office korang dengan segera. Senang kan..tak payah nak pening kepala nak pikir pasal lunch... order jer. 

ni menu Foodchamber sepanjang October, meleleh ayaq liuq, baru baca menu  :)


Cepat-cepat add Foodchamber kat  FB  or instagram @foodchamber sekarang pakat ramai-ramai kat office you all order jer dari Foodchamber ni. Sure tak menyesal :)

Later peeps!!


Thursday, October 23, 2014

RESEPI : Crab Cheese Prata ala hot & Roll

Bahan-bahannya :-

Roti Prata
Crab stick (hiris)
Cheese 
Mayonis
Cili sos

Macam mana nak buat eh?
okay Follow pic kat bawah ni jer ...






senangkan? heehe abaikan picture yang buruk itu yang penting rasanya sangat sedap...yummmy! bole buat bekal anak-anak ke sekolah juga...

Selamat mencuba peeps!

DeeZHijabs : New stock is on the way....soon... very soon....

Yeah....Terkejut dengan stock yg habis sangat cepat mcm goreng pisang panas, Now DeeZHijabs soon very soon inn shaa Allah  akan restock shawls yang di tunggu-tunggu....


MEDINA SHAWLS YANG GORGEOUS

SHIMMERY SHAWLS YANG ADORABLE

HIGH QUALITY CHIFFON SHAWL YANG EASY TO WEAR


ahhh...itu sebahagian dari warna-warna yang ada kalau nak tau apa warna yg menarik selalu la lihat update dia FB page DeeZHijabs.

Later peeps!!

Monday, October 20, 2014

Birthday Mr H ~ 19 October 2014

Alhamdulillah semalam 19 Oct 2014 dapat sambut birthday Mr.H secara sederhana tapi amat bermakna, sebab kali ni sambut birthday dengan BFF dia MR. A yang berkongsi tarikh yang sama. I dengan Noris (wife Mr A) rancang buat sekali and our kids pun excited. Noris tempah kek and try book chillies kat Empire Mall. 


Bersama suami kesayangan masing masing ahaks!

Birthday boys with their girls





We love you so much Mr. H, Happy Birthday my dear  husband, May Allah SWT  always give you good health, happiness and all the best for you and our family...Amin ya robbal  alamin we ♥ you  :).

Wednesday, October 15, 2014

Tutorial Shawl by DeeZHijabs Shawl

Assalamulaikum...

Saja nak share kat sini tutorial from our shawls business DeeZHijabs Shawl. Sesiapa yang masih ragu2 nak pakai Shawl ni jangan la takut sure okay. I dulu pun takut jer nak pakai, takut muka bulat la lonjong la...bila dah cuba jatuh cinta pula :) and ada yang kata kalau pakai shawl nampak muda tau! hehe eh betul laa...

Jom tengok tutorial yang my partner buat...


TUTORIAL 1



TUTORIAL 2

Jangan lupa click di atas and add us as FB friend ya. Thank you..

Selamat mencuba!!

Saturday, October 11, 2014

UPSR AND HOSPITAL

 

Yeah betul...memang Dina kena amik Exam dalam ward sbb Doctor and pihak sekolah tak nak something happen masa exam dalam dewan. Dina warded on Tuesday UPSR re-sit on Thursday so kena la ambil di ward.  Picture ni sempat I ambil sebelum kena halau keluar dari bilik ni hehhee. Ada dua orang Pengawas peperiksaan dan 1 nurse perempuan temankan Dina....hailahhh Dina...Hari ini dalam sejarah betul laa....ambil exam dalam ward. Apa pun ini memang dugaan yang kami perlu kami terima, bila tanya bole ke Dina jawap paper tu she just smiling, Ok Mama and Baba doa yang terbaik dan apa sahaja result kita terima dengan redha.

Apa pun ini adalah pengalaman untuk Dina. memang la pengalaman yang tak best tapi bole jadi pengalaman yang bole diceritakan kepada anak Dina and family Dina  nanti kan :). Satu pengalaman hidup yang tak semua orang rasa kaaaann. Cepat la sihat Dina...

Tuesday, September 30, 2014

MISSION ACCOMPLISHED ~ AMRAN AWALUDDIN ex-boss/BFF/Enemy/ etc .....finally got hitched!!!

Alhamdulillah finally hahaaa...he dah kawin..yeah! my mission accomplished :) me and Mr. H so happy...after ding dang bing bang and bla bla bla...akhirnya dapat tengok you naik pelamin sob sob sedih plak rasanya...

I doa kan both of you bahagia till Jannah dapat anak cepat cepat sbb umur pun dah banyakkkkkkkk heheh Af masih muda lagi tu bole banyak2 hohohoho.

Jom la kita tengaok pic yang tak seberapa  :)
With Pengantin Baru...

Wefie!!

with PA Boss suka dia boss dah kawin ahaks!!

 Ni all pictures masa Nikah di Saloma Bistro, bawah ni pulak all pictures fron reception kat Concorde Kuala Lumpur


Selfie lahhh!!

Pengantin lama dah 17 tahun Alhamdulillah...

Hampir setahun tak jumpa my BFF Doreen 

MC malam tu Fiza Sabjahan

Yours truly my dress from Rizmanruzaini... i love it :)

Haaaa...tula cerita September, akhirnya AA jumpa cinta hati...you cerita i bole buat novel la bro hhehehe. I am really happy for you..semoga berbahagia ya...

Later peeps!!

Opps !! My shawls all from DeezHijabs 



Monday, June 16, 2014

Acar Ikan Masin Talang

New project heheh...dah dekat 2 bulan Alhamdulillah order x putus...dari cuba2 jadi bisnes plak hehehe sukanya!! introducing Acar Ikan Masin Talang from Zaida's Kitchen :)




Okeh sapa nak order whatsapp I  tau 0123257422 NO CALLS okay  WHATSAPP saja....thanks uols...owh ya harga RM12.00 for 200grm ya kalau order banyak like 10 ke atas I bole la hantar if area lembah kelang ni lah....kalau jauh nun disana...tak dapek la akkak nak hantar ya...mohon maaf bebanyak...

later uols.... :)


 

Thursday, March 20, 2014

RESEPI : Gulai siam

Resepi lagi...kali ni Gulai Siam...cuba sekali pasti nak lagi dan lagi....I amik dari blog chef hanieliza  tadaaaa!!!




GULAI SIAM IKAN

Bahan-Bahan: 

500 gm ikan tengiri/merah/tbala atau kembung (saya pakai ikan nyuknyuk)
3 cawan santan [1 biji kelapa]
Sedikit terung pipitn (I tak letak)
sedikit buah belimbing buloh (tak letak jugek)
5 helai daun limau purut
3 tangkai cili hijau (belah 2)
Garam secukup rasa
minyak untuk menumis
I tambah tomato potong 4 dua biji & I tambah terung potong2 ikut ska la banyak mana nak ok...


Bahan Mesin
10 tangkai cili kering
10 biji cili api
1 s/k lada hitam
5 batang serai dihiris
2 cm lengkuas
10 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
2 cm belacan
2 cm kunyit hidup

Cara: 
1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan mesin sehingga wangi.
2. Masukkan santan dan biarkan mendideh.
4. Masukkan ikan, terung dan daun limau purut. Biarkan mendideh.
5. Masukkan buah belimbing buloh dan cili hijau. Perlahan api dan biarkan mendideh dan naik minyak.
6. Bila kuah telah pekat tutup api dan hidangkan dengan nasi putih. 


haaaa...sila cubokeh memang terangkat sedapnya!!!

Tuesday, March 18, 2014

Bisnes Kawan Kawan Setaman....

As salam... helloo...

Tadi dapat kek dari Lynn Hassan, actually selalu gak la lynn bagi food kat I hehhe...untungkan jiran dengan pakar buat kek and pastry lepas tu bukak kelas lagi. so terpikir plak nak buat entry ni...saja nak share dengan uols....
comot sebab Adam x sabar nak makan...siap berebut...rasanya superb you all

ni kek yg sangat sedap pinacolada nama diberi...


Lagi sorang kawan I pakar buat kek juga....dekornya memang kelasss!!! you all akak teruja kalau tengok FB dia Yatt's Lil Kitchen's 
lawanya kannn.....

Sweet sangat!!

geram tak?? comel tak?? creative kan yatt ni :)
Haaa...ni la kawan2 I...berkenan pi la order kek dengan Lynn and Yatt nak belajar pun bole...like page dorang tuk update ya...and sila teruja dengan picture kek2 mereka berdua ni :)

okay later peeps!!




Monday, March 10, 2014

Resepi~ Masak Singgang Ikan Tongkol

Resepi simple tapi sedap!!


Bahan2nya

1 ekor ikan tongkol sederhana
2 ulas bawang besar dihiris
1 ulas bawang putih di hiris
seinci lengkuas dihiris
8 biji cili padi (dibelah dua tidak putus)
sebatang serai (diketuk)
1/2 inci kunyit hidup di hiris
4-5 keping Asam Keping
garam secukupnya
secubit gula


Cara nak masak :)

semua bahan masukkan ke dalam periuk dengan air (ikur suka sukatan). Dah cukup garam and dah puashati dengan rasanya...ikan pun dah masak...tutup api...dah boleh makan dengan nasi panas2....yummy!!

selamat mencuba....tak jadi jangan salahkan I okay :)








Monday, February 24, 2014

SHAKLEE

Okay...biasa dengarkan....ramai sangat yang jual kannn...takpe lah...sebab makan sendiri nak jugaklah menjual kalau ada sesiapa yang nak beli or nak jadi member ke...



Kalau malas nak order tapi nak beli sendiri, pegi jer mana mana Shaklee yang berdekatan dengan you all and guna jer My ID no ...you all dapat harga murah, I pulak dapat PV...hahaha...so anda dapat saya pun dapat kan XOXO!!! lepas tu nak dapatkan consultation bolelah whatsapp atau email kat idzaida74@gmail.com....In shaa Allah saya akan cuba menjawapnya...

apa yang saya ambil?



ESP - ENERGIZING SOY PROTEIN



Hot product ni ESP adalah ENERGIZING SOY PROTEIN. ESP membekalkan sumber protein. Maklumlah bila dah jadi supir anak2 ni...4 or 5 trip keluar masuk rumah, masak lagi...house work lagi...memang sangat berbaloi ESP ni...kalau minum ESP ni tak rasa lapar sangat. Sarapan pagi ambil simple jer pun okay...boleh I diet kan...



LECITHIN

I ambil Lecithin sebab nak pecah lemak lemak yang tepu....

Alfalfa
Alfalfa pula I ambil untuk buang lemak2 dan toksin dalam badan...


GLA COMPLEX

Maklum la dah nak masuk 4 series ni, kenalah jaga kan....GLA ni mmg bagus untuk semua wanita dan juga lelaki. antara kebaikannya ialah

· Membantu mengawal dan mengatur kitaran haid.
· Meningkatkan kesuburan.
· Melegakan PMS (Pre-Menstuatation Syndrome)
· Membantu dalam menangani menopause.
· Menguatkan kuku & rambut.
· Menjadikan kulit lebih sihat & berseri-seri.
· Membantu menangani ekzema.
· Melegakan symptom akibat Rhematoid Artritis.
· Mengandungi vitamin E untuk menguatkan dinding arteri.
· Menguatkn immuniti badan.
· Mempelahankn process penuaan.
· Mengurangkn “blood clot” yang menyebabkan serangan jantung.
· Mengawal kencing manis
· Mengawal kolesterol.
· Bagus untuk saraf.

saya juga pakai pencuci muka or cleanser from shaklee NUTRIWHITE skincare



ini I pakai waktu malam....bangun pagi muka rasa best sangat


Yang Cleanser ni i guna pagi dan malam. Lepas cuci muka rasa bersih sangat2.

Kalau nak jangan lupa whatsapp me or nak beli sendiri ambil ajer ID Shaklee I, semua nak harga murah kan?? :). nak jadi member pun whatsapp me...

okay later peeps!!!







NUFFNANG