Pernah tak you all rasa sedih yang amat sangat but tak tau nak cakap macam mana...lately i rasa down sangat-sangat...pernah i drive balik balik rumah dalam kereta i menangis sepuas puasnya....i dont care kereta kiri kanan tengok ke...i tak kisah...air mata berjurai mengalir...
Pernah tak rasa macam kita yang terhegeh-hegeh...kita jer yg ambil berat...kita jer nak ingat about others...tapi org tak anggap kita macam tu pun...
Pernah tak rasa...orang berkawan dengan kita kerana kedudukan kita...atau kerana mereka berkepentingan...maybe ada sebab yg tertentu...bila perlu kita dicari bila tidak tanya khabar pun tak ada...birthday kita pun tak ingat walaupun di timeline FB kita penuh dengan ucapan dari rakan2 lain...sedih tak???
Pernah tak rasa seperti dikhianati...depan kita, pijak semut tak mati...belakang kita kisah kita dijaja...kisah kita adalah topic hangat untuk diceritakan...
Pernah tak rasa tidak dihargai...bukan harapkan balasan tetapi sekurang-kurangnya...kenangkanlah siapa kita bila mereka di di dalam kesusahan...siapa yang menangis bersama mereka...siapa yang sanggup lupakan family sekejap kerana membantu mereka, siapa yang selalu mendengar rungutan, keluhan,kesedihan, kegembiraan. Siapa yang sanggup berkongsi masalah dengan mereka, siapa yg sanggup memegang amanah, rahsia...walaupun diri sendiri akan mendapat susah kerana berbuat demikian....
Pernah tak rasa yang kita mempunyai kawan baik...BFF kononnya...tapi kegembiraan kita adalah kedukaan bagi mereka, kejayaan kita adalah kejatuhan mereka, kesedihan kita adalah kegembiraan bagi mereka..
Hehehe...emonya entry ni kan....but..pernah tak you all rasa??
No comments:
Post a Comment