Lama tak update resepi...sebab dah jarang masak lately...but ni nak share 1 resepi...
|
Masak Lemak Cili Padi berkerisek |
Bahan2 yang diperlukan
1/2 kilo daging lembut
Santan pekat - 1 biji kelapa
1 batang serai - ketuk jer sikit
2-3 helai daun limau purut
1 bungkus kerisik ( bungkusan kecik atau 3 sudu makan)
2 biji tomato - belah 4
2-3 biji cili hijau - belah 2
3 sudu besar Minyak masak
Garam, gula & serbuk perasa - ikut citarasa
Sedikit asam keping
Bahan tumbuk@ kisar (I blend jer semua )
8-10 biji cili padi - ikut kepedasan
3-4 labu bawang merah
1 ulas bawang putih
1 sudu makan ketumbar
sehiris halia
sehiris lengkuas
seinci kunyit hidup
Cara Masak
Panaskan minyak, masukkan bahan tumbuk hingga naik bau, masukkan sekali serai. masukkan daging biarkan daging empuk seketika. Kemudian masukkan kerisik dan santan. masukkan garam, gula secukup rasa. bila lauk dah mendidih masukkan daun limau purut, tomato dan cili hijau serta asam keping.
Biarkan lauk mendidih sambil tu kena kacau lah, nanti pecah santan pulak...bau dia semerbak!!
dah masak boleh lah hidang...simple jer kan macam masak lemak cili padi tapi letak kerisek and few bahan lain jer...
p/s : kalau nak letak kentang pun ok...macam I buat :)